Friday, February 4, 2011

DINAR EMAS MATAWANG ISLAM MASA DEPAN

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah DINAR dan DIRHAM ."
( Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal )

Kisah Pengunaan Dirham Zaman Rasullah SAW

KISAH DARIPADA HADIS RASULULLAH SAW

Abdullah Ibn Muslamah menceritakan kepada kami,telah mengkhabarkan kepada kami Isa Ibn Yunus daripada al-Akhdar Ibn Ajlan daripada Abu Bakar al-Hanafi daripada Anas bin Malik, bahawa datang seorang Ansar kepada Rasulullah SAW untuk meminta-minta daripada Baginda.

Lalu Baginda SAW bertanya:"Apakah  ada di rumah kamu apa-apa ? ".Jawab seorang Ansar tadi : " Ada,iaitu kain hamparan yang kami pakai sebahagian dan kami bentangkan sebahagian dan sebiji bekas yang kami gunakan untuk minum air."Kata Rasulullah SAW : " Bawakan kepada ku kedua-dua barang itu."
 
Periwayat menceritakan lagi,lelaki itu pulang dan datang kembali membawa kedua-dua barang tersebut.Lalu Baginda mengambilnya dan bersabda kepada para sahabat: " Siapakah yang ingin membeli barangan ini?"Sahut seorang sahabat,"Saya sedia ambil kedua-dua barang itu dengan harga satu dirham ."
 
Baginda bertanya lagi:"Siapa yang sedia membeli dengan harga yang lebih daripada satu dirham ?"Baginda mengulang-ulangnya sebanyak dua atau tiga kali.Lalu sahut seorang sahabat:"Saya sedia membelinya dengan harga dua dirham."

Lalu Baginda menyerahkan kepadanya kedua-dua barangan tersebut,mengambil dua dirham sebagai harga barangan itu dan menyerahkannya kepada lelaki Ansar tadi,lalu Baginda  bersabda :"Belilah makanan dengan dirham yang pertama tadi dan berikan kepada keluarga kamu,manakala dirham yang satu lagi kamu beli mata kapak dan bawakan mata kapak itu kepadaku."

Lelaki Ansar tadi melakukan apa yang diperintahkan dan membawa mata kapak kepada Rasulullah SAW .Baginda pun memperkuatkan mata kapak itu dengan kayu di tangan Baginda(sebagai pemegangnya) lalu bersabda:"Pergilah kamu dan carilah kayu api dan juallah kayu api itu.Dan jangan kamu bertemu denganku sehingga 15 hari lagi."

Lelaki Ansar itu berlalu pergi,lalu mula mengumpulkan kayu api dan kemudian menjualnya.(Setelah cukup 15 hari)lelaki Ansar itu datang berjumpa Rasulullah SAW dan dia telah untung sebanyak sepuluh dirham;yang mana dia telah menggunakan sebahagian dirham itu untuk membeli pakaian dan sebahagian yang lain membeli makanan.
 
Maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Ini adalah lebih baik bagimu berbanding ( daripada perbuatan ) meminta-minta itu datang sebagai satu tanda ( titik-titik hitam ) di wajahmu pada hari kiamat."

Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun

Tahukah anda harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.Peningkatan harga emas dunia boleh dikatakan stabil sehingga hari ini.Dengan membuat pelaburan emas , anda tidak akan rugi sama sekali sebaliknya sentiasa mengaut keuntungan.Tapi masih ramai yang tidak menyedari akan potensi pelaburan emas.Mereka lebih gemar membuat pelaburan saham yang entah apa-apa.So mengapa anda masih menungu dan terus menunggu sedangkan peluang meningkatkan taraf hidup anda sudah tersedia.

 

Berdasarkan carta dibawah kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.


harga emas 10th

Pajak Gadai Ar-Rahnu Agrobank

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.


Kelebihan Skim Ar-Rahnu.
  • Pembiayaan mengikut Syariah.
  • Cepat, mudah dan selamat.
  • Lebih murah.
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
  • Tempoh gadaian lebih lama.

Kelayakan Pemohon.
  • Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

Had Gadaian.
  • Maksimum RM 50,000 @ RM 10,000 sehari.
  • Minimum RM 100.

Jenis Barang Gadaian.

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
  • Rantai.
  • Subang.
  • Cincin
  • Gelang tangan dan gelang kaki
  • Keronsang
  • Duit syiling emas dan emas keping
  • Lain-lain.
*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.


Kadar Upah Simpan.

Nilai Barang KemasMargin PinjamanKadar Upah SebulanUpah Simpan Sebulan
RM 10050%RM 0.50RM 0.50
RM 10060%RM 0.60RM 0.60
RM 10070%RM 0.75RM 0.75



Penebusan Gadaian.
  • Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau.
  • Sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.

Cara Memohon.
  • Isi borang permohonan.
  • Satu salinan Kad Pengenalan.
  • Barang kemas yang hendak digadai.
  • Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera.
* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis. Maklumat lanjut sila layari www.agrobank.com.my

Pengiraan Zakat Emas



1 Oz ( Troy Ounce) = 31.10 gram. 1 Dinar = 4.25 gram


Berzakat Menyucikan Harta Dan Jiwa

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35


Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150


2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Thursday, February 3, 2011

Daily Gold Chart

Click to enlarge

http://publicgold.com.my/

Pelaburan Emas Dari Sudut Islam

Emas Itulah Hartamu Yang Sebenarnya!

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Ali Imran: ayat 14]

(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)


Kalau mahu diulas bab ini, panjang riwayatnya nanti. Tapi, memadailah kita katakan bahawa emas itulah harta kita yang sebenarnya jika mahu dibuat simpanan.

Petaka ke atas bangsa ini terjadi akibat kemiskinan. Kemiskinan itu adalah petaka besar dalam bangsa kita. Ini kerana kekuatan sesuatu bangsa itu diukur melalui sejauhmanakah aset yang mereka ada. Berdasarkan nas, dalil daripada Surah Ali Imran: ayat 14, harta-harta itu adalah..
Keluarga (anak-anak dan isteri), emas, perak, kuda peliharaan (kenderaan seperti kereta pada zaman ini); haiwan ternak termasuk kebun-kebun tanaman atau tanah ladang untuk bercucuk tanam.

Kedudukan emas di dalam al-Quran

Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”

Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]

Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]
(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]

“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]

Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.

Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.

Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.

Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel. Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!

Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu. Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi. Wallahu’alam..