Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.
Kelebihan Skim Ar-Rahnu.
- Pembiayaan mengikut Syariah.
- Cepat, mudah dan selamat.
- Lebih murah.
- Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
- Tempoh gadaian lebih lama.
Kelayakan Pemohon.
- Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
Had Gadaian.
- Maksimum RM 50,000 @ RM 10,000 sehari.
- Minimum RM 100.
Jenis Barang Gadaian.
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
- Rantai.
- Subang.
- Cincin
- Gelang tangan dan gelang kaki
- Keronsang
- Duit syiling emas dan emas keping
- Lain-lain.
*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.
Kadar Upah Simpan.
Nilai Barang Kemas | Margin Pinjaman | Kadar Upah Sebulan | Upah Simpan Sebulan |
RM 100 | 50% | RM 0.50 | RM 0.50 |
RM 100 | 60% | RM 0.60 | RM 0.60 |
RM 100 | 70% | RM 0.75 | RM 0.75 |
Penebusan Gadaian.
- Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau.
- Sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.
Cara Memohon.
- Isi borang permohonan.
- Satu salinan Kad Pengenalan.
- Barang kemas yang hendak digadai.
- Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera.
* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis. Maklumat lanjut sila layari www.agrobank.com.my
No comments:
Post a Comment